Itulah antara ungkapan En. Anjang Aris B. Kulup Abd Rashid daripada Kg.Stor kerana mendapat bantuan kerusi roda yang telah disampaikan oleh Penyelaras Dun di rumah beliau baru-baru ini.Beliau yang lebih dikenali Pak Anjang Aiskrim telah terlantar sakit dan tidak mampu untuk bergerak sendiri,beliau juga terharu dengan bantuan barang dapur daripada En.Kamarulzaman sekeluarga.Sehubungan dengan itu BN Bahagian Padang Rengas telah bertindak dengan memberikan bantuan segera agar dapat mengurangkan bebanan yang di tanggung oleh keluarga beliau.
Tidak mampu bergerak sendiri
En.Mutalib (Pengerusi Biro Kebajikan Umno Padang Rengas) dan En.Ariffin (ketua Kg.Stor) turut hadir
Info Terkini
Wednesday, April 20, 2011
PENYELARAS DUN TURUN PADANG KE KG. STESYEN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH BANJIR
Tuan Kamarulzaman Bin Abdul Rahman (Penyelaras Dun BN Lubuk Merbau) sudi untuk turun padang bagi meninjau dan cuba menyelesaikan masalah banjir yang sering melanda di Kg Stesyen baru-baru ini.Aktiviti turun padang ini turut juga disertai pegawai-pegawai daripada angensi kerajaan seperti JPS,MPKK, JKR dan juga Majlis Daerah.Ini adalah sebahagian diantara aktiviti -aktiviti yang telah dilakukan oleh BN LubokMerbau yang sentiasa membela nasib rakyat terutamanya yang berada di DUN Lubuk Merbau.
Penyelaras Dun melihat sendiri keadaan longkang yang rosak
Penyelaras Dun melihat sendiri keadaan longkang yang rosak
Penghulu mukim kota lama, ketua kampung basong dan juga penduduk Kg. Stesen juga turut serta
Sunday, April 17, 2011
Tawaran Biasiswa Kerajaan Perak untuk lepasan SPM
TAWARAN BIASISWA UNTUK KURSUS ASASI SAINS DAN KURSUS ASASI PERNIAGAAN DI PREMIER INTERNATIONAL UNIVERSITY PERAK (PIUP) BAGI SESI 2011/2012Maklumat lanjut di sini
Thursday, April 14, 2011
Bantuan Angpow untuk penduduk Cina Dun Lubok Merbau sempena Tahun Baru Cina
Sempena Tahun Baru Cina yang lepas, Barisan Nasional melalui pejabat Penyelaras BN Dun Lubuk Merbau telah meraikan penduduk kaum cina di dalam kawasan DUN Lubok Merbau. Seramai 180 orang penduduk kaum cina telah menerima sumbangan Angpau.(1 Feb 2011)
Penerima sumbangan "Angpow" daripada BN Padang Rengas
En.Kamarulzaman (Penyelaras DUN) bersama En.Goh Yew Jing (ketua MCA bahagian Padang Rengas,turut mengunjungi dan menyampaikan bantuan/sumbangan Tahun Baru Cina kepada warga emas
Bantuan kepada penduduk yang terlantar sakit
Antara penduduk yang menerima sumbangan daripada Barisan Nasional sempena Tahun Baru Cina
Wednesday, April 13, 2011
Bantuan Kerusi Roda Kepada Wargatua
Selaras dengan slogan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, Barisan Nasional Padang Rengas melalui ahli parlimen YB Dato Seri Mohamed Nazri Abd Aziz dan Penyelaras BN Dun Lubok Merbau Tn Kamarulzaman Hj Abd Rahman telah sudi untuk membantu seorang warga tua mendapatkan kerusi roda. Sumbangan ini telah disampaikan sendiri oleh Penyelaras BN Dun Lubok Merbaudi kediaman penerima.
Ibu kepada Pn.Nordian Lily Bt Abdul Samat (Kg. Buaia) menerima bantuan kerusi roda daripada En. Kamarulzaman
Bantuan dan lawatan mangsa Banjir Kg Gapis
Penyelaras DUN Lubuk Merbau En. Kamarulzaman Bin Abdul Rahman turun padang membantu mangsa banjir di Kg. Gapis. Kedatangan beliau jelas menunjukkan Barisan Nasional tetap bersama rakyat di kala senang mahupun susah.

