Kg. Rambong
Kg Lubuk Merbau/ kubang panjang
Kg.Labu Kubong
Kg.Lalang
Kg.Laneh
Kg.Padang Assam
Kg.Buaia
Kg. Gapis
Kg.Paya Panjang
Kg. Paya Ranggam
Kg. Paya Lintah
Kg.Simpang lawin
Kg.Banjir
Kg.Stor
Kg.Kroh Hilir
Kg.Sungai Ati
Ladang Perak Rivervalley
Kg. station
Gambar diatas adalah diantara 160 orang penerima Agihan Bantuan Makanan Yayasan Bina Upaya (YBU) dengan mengikut turutan kampung. Penerima agihan ini adalah terdiri daripada senarai E-kasih, Warga Emas dan juga keluarga yang kurang berkemampuan. Ini bertepatan dengan kehendak Kerajaan Negeri Perak yang mahukan Perak Sifar Miskin Tegar selari dengan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN.Bn Lubok Merbau mengucapkan tahniah kepada En. Kamarulzaman (Penyelaras Dun) dan juga Ketua-ketua kampung kerana turun padang dengan pergi ke rumah- rumah penerima bagi menyerahkan bantuan sekaligus mendengar dan melihat sendiri keluhan dan kehidupan rakyat di kawasan DUN Lubok Merbau.
Menziarah penduduk yang mengalami masalah kesihatan
Memberi sumbangan / bantuan banjir
Menziarahi warga Emas
Penyelaras Dun melihat sendiri keaadan rumah untuk bantuan baikpulih rumah
Gotong-royong mengecat rumah penerima bantuan baikpulih
Pertandingan Nasyid dan Marhaban di anjurkan Pergerakan Wanita Umno Padang Rengas
Menziarahi warga Emas bagi masyarakat kaum cina
Itulah antara ungkapan En. Anjang Aris B. Kulup Abd Rashid daripada Kg.Stor kerana mendapat bantuan kerusi roda yang telah disampaikan oleh Penyelaras Dun di rumah beliau baru-baru ini.Beliau yang lebih dikenali Pak Anjang Aiskrim telah terlantar sakit dan tidak mampu untuk bergerak sendiri,beliau juga terharu dengan bantuan barang dapur daripada En.Kamarulzaman sekeluarga.Sehubungan dengan itu BN Bahagian Padang Rengas telah bertindak dengan memberikan bantuan segera agar dapat mengurangkan bebanan yang di tanggung oleh keluarga beliau.
Tidak mampu bergerak sendiri
En.Mutalib (Pengerusi Biro Kebajikan Umno Padang Rengas) dan En.Ariffin (ketua Kg.Stor) turut hadir
Tuan Kamarulzaman Bin Abdul Rahman (Penyelaras Dun BN Lubuk Merbau) sudi untuk turun padang bagi meninjau dan cuba menyelesaikan masalah banjir yang sering melanda di Kg Stesyen baru-baru ini.Aktiviti turun padang ini turut juga disertai pegawai-pegawai daripada angensi kerajaan seperti JPS,MPKK, JKR dan juga Majlis Daerah.Ini adalah sebahagian diantara aktiviti -aktiviti yang telah dilakukan oleh BN LubokMerbau yang sentiasa membela nasib rakyat terutamanya yang berada di DUN Lubuk Merbau.
Penyelaras Dun melihat sendiri keadaan longkang yang rosak
Penghulu mukim kota lama, ketua kampung basong dan juga penduduk Kg. Stesen juga turut serta
TAWARAN BIASISWA UNTUK KURSUS ASASI SAINS DAN KURSUS ASASI PERNIAGAAN DI PREMIER INTERNATIONAL UNIVERSITY PERAK (PIUP) BAGI SESI 2011/2012
Permohonan adalah dipelawa daripada semua anak-anak Perak untuk memohon Biasiswa Perak Amanjaya untuk mengikuti kursus-kursus asasi seperti di atas. Selepas menamatkan kursus asasi dengan cemerlang, pemohon boleh memohon untuk mengikuti kursus peringkat sarjana muda dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, perniagaan atau kursus-kursus lain yang akan ditawarkan oleh pihak Universiti (syarat-syarat kelayakan ke peringkat sarjana muda adalah berbeza-beza mengikut bidang).
Maklumat lanjut di sini
Sempena Tahun Baru Cina yang lepas, Barisan Nasional melalui pejabat Penyelaras BN Dun Lubuk Merbau telah meraikan penduduk kaum cina di dalam kawasan DUN Lubok Merbau. Seramai 180 orang penduduk kaum cina telah menerima sumbangan Angpau.(1 Feb 2011)
Penerima sumbangan "Angpow" daripada BN Padang Rengas
En.Kamarulzaman (Penyelaras DUN) bersama En.Goh Yew Jing (ketua MCA bahagian Padang Rengas,turut mengunjungi dan menyampaikan bantuan/sumbangan Tahun Baru Cina kepada warga emas
Bantuan kepada penduduk yang terlantar sakit
Antara penduduk yang menerima sumbangan daripada Barisan Nasional sempena Tahun Baru Cina
Selaras dengan slogan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, Barisan Nasional Padang Rengas melalui ahli parlimen YB Dato Seri Mohamed Nazri Abd Aziz dan Penyelaras BN Dun Lubok Merbau Tn Kamarulzaman Hj Abd Rahman telah sudi untuk membantu seorang warga tua mendapatkan kerusi roda. Sumbangan ini telah disampaikan sendiri oleh Penyelaras BN Dun Lubok Merbaudi kediaman penerima.
Ibu kepada Pn.Nordian Lily Bt Abdul Samat (Kg. Buaia) menerima bantuan kerusi roda daripada En. Kamarulzaman