Info Terkini

Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras BN Dun Lubok Merbau beroperasi di Pusat Belia, Padang Rengas

Monday, June 20, 2011

Agihan Bantuan Makanan Kerajaan Negeri Perak Melalui Yayasan Bina Upaya (YBU)

 
Kg. Rambong



                                                    Kg Lubuk Merbau/ kubang panjang

                                                                    Kg.Labu Kubong

                                                                         Kg.Lalang

                                                                Kg.Laneh

                                                            Kg.Padang Assam

                                                                      Kg.Buaia

                                                                   Kg. Gapis

                                                                 Kg.Paya Panjang

                                                               Kg. Paya Ranggam

                                                               Kg. Paya Lintah

                                                                  Kg.Simpang lawin

                                                                     Kg.Banjir

                                                                      Kg.Stor

                                                                         Kg.Kroh Hilir

                                                                           Kg.Sungai Ati

                                                                 Ladang Perak Rivervalley

                                                                  Kg. station

Gambar diatas adalah diantara 160 orang penerima Agihan Bantuan Makanan Yayasan Bina Upaya (YBU) dengan mengikut turutan kampung. Penerima agihan ini adalah terdiri daripada senarai E-kasih, Warga Emas dan juga keluarga yang kurang berkemampuan. Ini bertepatan dengan kehendak Kerajaan Negeri Perak yang mahukan Perak Sifar Miskin Tegar selari dengan  slogan RAKYAT DIDAHULUKAN.Bn Lubok Merbau mengucapkan tahniah kepada En. Kamarulzaman (Penyelaras Dun) dan juga Ketua-ketua kampung kerana turun padang dengan pergi ke rumah- rumah penerima bagi menyerahkan bantuan sekaligus mendengar dan melihat sendiri keluhan dan kehidupan rakyat di kawasan DUN Lubok Merbau.

Thursday, May 5, 2011

sorotan bergambar diantara aktiviti-aktiviti Bn Lubok Merbau

 Menziarah penduduk yang mengalami masalah kesihatan

 Memberi sumbangan / bantuan banjir

 Menziarahi warga Emas

Penyelaras Dun melihat sendiri keaadan rumah untuk bantuan baikpulih rumah
 Gotong-royong mengecat rumah penerima bantuan baikpulih
 Pertandingan Nasyid dan Marhaban di anjurkan Pergerakan Wanita Umno Padang Rengas
Menziarahi warga Emas bagi masyarakat kaum cina

Wednesday, April 20, 2011

BERSYUKUR KERANA MENDAPAT BANTUAN KERUSI RODA DARIPADA BN

Itulah antara ungkapan En. Anjang Aris B. Kulup Abd Rashid daripada Kg.Stor kerana mendapat bantuan kerusi roda yang telah disampaikan oleh Penyelaras Dun di rumah beliau baru-baru ini.Beliau yang lebih dikenali Pak Anjang Aiskrim telah terlantar sakit dan tidak mampu untuk bergerak sendiri,beliau juga terharu dengan bantuan barang dapur daripada En.Kamarulzaman sekeluarga.Sehubungan dengan itu BN Bahagian Padang Rengas telah bertindak dengan memberikan bantuan segera agar dapat mengurangkan bebanan yang di tanggung oleh keluarga beliau.

 Tidak mampu bergerak sendiri

 En.Mutalib (Pengerusi Biro Kebajikan Umno Padang Rengas) dan En.Ariffin (ketua Kg.Stor) turut hadir

PENYELARAS DUN TURUN PADANG KE KG. STESYEN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH BANJIR

Tuan Kamarulzaman Bin Abdul Rahman (Penyelaras Dun BN Lubuk Merbau) sudi untuk turun padang bagi meninjau dan cuba menyelesaikan masalah banjir yang sering melanda di Kg Stesyen baru-baru ini.Aktiviti turun padang ini turut juga disertai pegawai-pegawai daripada angensi kerajaan seperti JPS,MPKK, JKR dan juga Majlis Daerah.Ini adalah sebahagian diantara aktiviti -aktiviti yang telah dilakukan oleh BN LubokMerbau yang sentiasa membela nasib rakyat terutamanya yang berada di DUN Lubuk Merbau.

 Penyelaras Dun melihat sendiri keadaan longkang yang rosak


 
Penghulu mukim kota lama, ketua kampung basong dan juga penduduk Kg. Stesen juga turut serta


Sunday, April 17, 2011

Tawaran Biasiswa Kerajaan Perak untuk lepasan SPM


TAWARAN BIASISWA UNTUK KURSUS ASASI SAINS DAN KURSUS ASASI PERNIAGAAN DI PREMIER INTERNATIONAL UNIVERSITY PERAK (PIUP) BAGI SESI 2011/2012

Permohonan adalah dipelawa daripada semua anak-anak Perak untuk memohon Biasiswa Perak Amanjaya untuk mengikuti kursus-kursus asasi seperti di atas. Selepas menamatkan kursus asasi dengan cemerlang, pemohon boleh memohon untuk mengikuti kursus peringkat sarjana muda  dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, perniagaan atau kursus-kursus lain yang akan ditawarkan oleh pihak Universiti (syarat-syarat kelayakan ke peringkat sarjana muda adalah berbeza-beza mengikut bidang).

Maklumat lanjut di sini

Thursday, April 14, 2011

Bantuan Angpow untuk penduduk Cina Dun Lubok Merbau sempena Tahun Baru Cina

Sempena Tahun Baru Cina yang lepas, Barisan Nasional melalui pejabat Penyelaras BN Dun Lubuk Merbau telah meraikan penduduk kaum cina di dalam kawasan DUN Lubok Merbau. Seramai 180 orang penduduk kaum cina telah menerima sumbangan Angpau.(1 Feb 2011)


 Penerima sumbangan "Angpow" daripada BN Padang Rengas



 En.Kamarulzaman (Penyelaras DUN) bersama En.Goh Yew Jing (ketua MCA bahagian Padang Rengas,turut mengunjungi dan menyampaikan bantuan/sumbangan Tahun Baru Cina kepada warga emas


Bantuan kepada penduduk yang terlantar sakit


Antara penduduk yang menerima sumbangan daripada Barisan Nasional sempena Tahun Baru Cina


Wednesday, April 13, 2011

Bantuan Kerusi Roda Kepada Wargatua

Selaras dengan slogan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, Barisan Nasional Padang Rengas melalui ahli parlimen YB Dato Seri Mohamed Nazri Abd Aziz dan Penyelaras BN Dun Lubok Merbau Tn Kamarulzaman Hj Abd Rahman telah sudi untuk membantu seorang warga tua mendapatkan kerusi roda. Sumbangan ini telah disampaikan sendiri oleh Penyelaras BN Dun Lubok Merbaudi kediaman penerima.


Ibu kepada Pn.Nordian Lily Bt Abdul Samat (Kg. Buaia)  menerima bantuan kerusi roda daripada En. Kamarulzaman

Bantuan dan lawatan mangsa Banjir Kg Gapis

Penyelaras DUN Lubuk Merbau En. Kamarulzaman Bin Abdul Rahman turun padang membantu mangsa banjir di Kg. Gapis. Kedatangan beliau jelas menunjukkan Barisan Nasional tetap bersama rakyat di kala senang mahupun susah.